Friday, January 15, 2010

mentaliti kita.

ape yg ku ingin tulis ni sekadar pandangan dari pemerhatian shje.
semakin bimbang.semakin takut resah dan gelisah.

mari mulekan~

CIKGU : cikgu ade satu permainan murid-murid, nak main x?
MURID2: nak!!
CIKGU : Ok, cikgu akan jerit kanan, kamu kena angkat tangan kanan yer, cikgu
jerit kiri, kamu angkat tangan kiri yer. siape yg salah kena denda
MURID2: baik cigku,kacang jer!
CIKGU : kanan!
MURID2: (mengangkat tangan kanan dengan penuh semangat)
CIKGU : kiri!
MURID2: (angkat pula tgn kiri ..dan seterusnya ..)
CIKGU : ok skrg kite tukar pula. kalau cikgu jerit kanan, kamu kena angkat tangan kiri k.
MURID2: ha? ok baiklah cikgu
CIKGU : kanan!
MURID2: (lambat mngangkat tangan, ade yg tersilap angkat dan segera membetulkan-
permainan diteruskan sehingga murid-murid sudah terbiasa dan tiada sorang
pon yang salah mengangkat tangan lagi)


ape yg aku cuba sampaikan dekat sini, kita boleh anggap permainan angkat2 tangan ni sebagai mentaliti kita.

cth: perkahwinan sesama jantina

situasi "kanan" mengangkat tgn kanan samalah seperti:
dahulu, berkahwin sesama jantina sejak azali sudah salah di sisi agama dan moral
, masyarakat pon jelas2 menolak perilaku x bermoral ni. makna nya kita mematuhi ape yg di jelaskan di dalam al-Quran. jelas?

situasi "kiri" mengangkat tangan kanan samalah seperti:
murid2 tadi mengambil masa utk membiasakan diri dengan arahan "kiri" utk tangan kanan, bukan? samalah seperti masyarakat yg beransur- ansur dengan peredaran zaman menukar mentaliti masing2 ke arah yg bertentangan. cuba kita lihat, dah berapa buah negara sekarang yg menghalalkah perkahwinan sejenis?

bukankah pada mula nya perbuatan tersebut di anggap menyalahi moral?kenapa sekarang sudah ramai yg menyokong? mentaliti kita semakin berubah!

contoh lain,
aku ingat lagi mase kecik2, suke sangat tengok cter org putih kat ntv7 (mase tu ntv7 baru and plg maju) .. tengok malam2 ngn ayah aku sambil baring-baring kat depan tv. tibe2 ade satu part tu mcm lain mcm sikit. ohh rupenye adegan kissing yg di cut. patot la mcm tv rosak je jadi nya.igtkan siaran terganggu.rupanya adegan kissing ditapis. hoho

tapi~ sekarang? haha melambak2 adegan kissing dekat tv. adegan ala2 lucah pon byk. eeiww.sbb ape yer? sebab mentaliti kita sekarang semakin berubah ke arah "alaa kissing je, bukan nye ape pon" ..

itu sekarang, bayangkan 10 tahon akan datang , mungkin adegan2 berahi pulak akan menguasai mentaliti kita. waktu tu dah mmg xde tapis menapis lagi dah.mungkin semua orang berfikir .."alaa mende ni kan mmg biase,ko mcm xpernah buat" .. nauzubillah.

contoh lain: couple?
mentaliti kita dulu2, xboleh,xmanis tengok anak dara berdua2 an dengan teruna. kena pandang sinis.
sekarang mentaliti kita, alah biarla diorang bercinta, bukan nya buat apa2 pon, msg2 je xde la buat adegan2 xsenonoh.bole tengok kat KLCC, melambak pelok2 tnpe segan silu, itu mentaliti kita sekarang..
10 tahun akan datang? jawab lah sendiri!

mereka2 yang pernah terlibat (termasok aku) bukan nya ape, salah kita kerana 1. x ditegur 2.mngikut hawa nafsu 3.sendiri melupakan Nya 4. salah pilih kwn.

dan secara jujur aku kata kan, aku mengaku aku mmg xpernah di uji dengan perhubungan couple2 ni. tapi~ percayalah, ujian dan cubaan aku lebih3x berat berbanding korg, terlalu berat smpai aku pikir xnk hidup lagi dan tertanya-tnya kenapa byk2 org,aku yg di uji begini. but now alhamdulillah, ALLAH ade bersama ku :D

cmne aku sedar? doa lah yg kita betul2 nak berubah! itu je yang aku buat. mmg x dinafikan, orang2 yg tahu psl aku nasihat, aku bukan xdengar tapi perasaan tu aku xdpt tolak. susah. dan korg xpernah rasa seperti ku. sob3, sgt sayu bile kenang diri aku time tu.mslh yg aku hadapi bukan semua orang rasa. orang2 tertentu je yg di uji mcm ni. orang2 yg betol2 kuat dan nak berubah je mampu balik ke pangkal jalan. jadi, DOA lah! doa seikhlas-ikhlas nye, inshaAllah kalau korg betol2 nk berubah,Allah tolong! yakin!

risau lah, mcm mne la dengan anak cucu aku nanti. uwaaa. oleh itu, xkan kita nak biarkan mentaliti kita ni semakin jauh dari landasan NYA?
nak ke?

lu pikir la sendiri.ASSALAMUALAIKUM.

*sekadar peringatan utk diri sendiri juga*

5 comments:

k u c e n g said...

umat islam akhir zaman~

فقير الفقير said...

mungkinkah ikrar syitan ini sudah hampir terlaksana, syaitan pernah berikrar kepada allah untuk membuatkan segala yang buruk itu nampak indah pada manusia dan segala yang indah itu buruk pada mata manusia.. Tetapi allah juga berfirman semua tipu daya ini tidak akn berkesan kepada hambanya yang ikhlas...

Terbuktilah kita pada masa ini ketandusan sifat ikhlas kerana buta dan sakitnya hati-hati kita,

seruan untuk tazkiyatun nafs sudah lama wujud, mgkin sudah masanya kita menyambutnya dan menyeru kepada insan lain...

tqa said...

betol.
ikhlas~
ikhlas dlm ibadah.
ikhlas dlm DOA.
ikhlas berniat.

Mohd Nurhakimi B Md Yaman said...

doa azimat penguat diri..
jejaklah lgkah As-syafie..
Selamilah laluan Al-farabi..

bgus tqa..mgkin penangan lagu kerana doa Nowseeheart..:p

tqa said...

betol. dlu ckp je doa tu senjata mukmin la. bla bla bla..

tp bile dpt rsekan sndr power doa tu,mmg menangis lah.
huhu

mungkin juge. lagu tu sgt best, menyentuh kalbu.

thnx yer sudi share kimi.
^_^