Tuesday, August 3, 2010

AirAsia menawarkan penerbangan ke Korea serendah RM99!

ohho pagi tadi tqa terbangun awal. sejukkk. hujan lebat turun kat kota Nilai ni. wiwiwi. pegi campus nek moto. mak aihh sejuk gilee. macam kat Korea lak. haha. opps! cakap pasal Korea ni, semalam tqa pegi library jap, bace paper. then tqa ternampak la satu promotion ni~

sebelum ni, AirAsia takde menawarkan penerbangan ke Korea, tapi perkhidmatan ni baru je ade tahun ni. baru je harini kot. so, diorang buat promotion lah. siapa yang book ticket from 4th-8th august ni, boleh la dapat special price. huhu~ kalo nk yang murah gile, korang book sekarang untuk penerbangan pada August tahun depan.


Hehe, tqa dapat RM450 for pergi balik. murah kan. kalau harge bukan promotion, one way je dah RM500 something kot. ok lah kan. dapat kurang half price. huhu. so ade lebih kurang 1 year lagi before tqa jejak kaki ke Korea (inshaAllah kalau takde halangan). need to do some research la since tqa pegi dengan kakak tqa je. travel sendiri! haha ..

No comments: