Friday, July 30, 2010

"the one"

vrrooomm.. kedengaran bunyi enjin motor posmen yang baru singgah ke LOT122.
tqa dapat jemputan ke majlis perkahwinan kawan tqa, cik FATIN FALAH. huhu. terkejut? takla, sebab dah tau, tapi mase mula² tahu tu, terkejut monyet tqa! kawan sepermainan ,sekelas, semeja tqa dah nak kawin. wiwiwiwi.

perkahwinan bagi tqa, diibaratkan seperti kite dah berjaya menyelesaikan satu teka-teki terbesar dalam hidup kite :p seronok kan? bile dah tau siapa rupanya putera raja hidup kita. hehe. sejak masuk alam 20-an ni, selalu sangat borak² pasal kahwin ni. sikit² "weh tqa, nnt laki ko...." "weh tqa,kahwen nanti jgn lupe jempot..." "heppy birthday,kahwin cepat² ye..."

hailaaa, even birthday wish pon akan diselitkan dengan topik "kahwin" tu. itulah fenomena nye sekarang.nampak macam gatal nak kawen kan ?tapi~definisi gatal dalam kamus hidup tqa adalah "mereka yang menjalinkan hubungan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim selain daripada perkahwinan"(tak termasuk hub ayah-anak, adik-abang) haa boleh fikir sendiri la kan siapa golongan² yang boleh di gelar gatai tu . Gatai sangat nak ber-sayang², ber-abang², ber-'I love u'² tak sempat tunggu kahwin ka. haha. itu definisi tqa, lain orang lain interpretation nye. hehe.

ok berbalik kepada topik asal, "the one". best kan bile kite tertanya² siapalah bakal pasangan sehidup semati kite. kalau dah tau dari lahir, macam tak suprise la pulak kan. alaah contoh nye harini birthday korang, mesti korang tertanya² suprise apelah yang korang akan dapat sepanjang harini. kalau dah tau awal², tak suprise la jawabnye. tak BEST!

jadinya, manusia ni tak sorang pon tahu siapa bakal² mereka selagi belum tiba masanya. hanya Allah yang tahu. saya ulang "Hanya Allah yang tahu". huhu~ even kadang² perkahwinan pertama tak bermaksod dialah "the one" kite. huhu kawen cerai kawen cerai barulah Allah temukan dengan "the one" kite. itulah kuasa Allah. Dia Maha Mengetahui.

now, tqa nak bagi la sedikit coretan khas untuk bakal "the one" tqa~sikit je. hek3.

wahai "the one" ku.
perghh~~
dimanakah dikau sekarang? hehe, dimana ooh dimana? adakah kamu di Usim? atau di Cambridge? Harvard pon jadilah. erk!haha. adakah kamu sedang menuntut ilmu seperti ku, atau kamu sedang membanting tulang 4 keratmu demi masa depan kita? haha (geli pulak). kamu sihatkah di sana? huhu.

ohh "the one",
tqa berdoa kita akan bertemu dalam RahmatNya, dijauhkan dari mainan cinta yang cuba menghalalkan apa yang haram. moge² kite tidak tergolong dalam kalangan mereka² yang membina perkahwinan atas dasar kemaksiatan. huhu. inshaAllah dari masa ke masa tqa akan cuba membaiki akhlak tqa di sini.

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Tahniah Nur Fatin binti Hj Kamaluddin atas pernikahan kamu. so sweeeet !! <3>

3 comments:

khairi.ibrahim said...

ameen~mudah-mudahan dipermudahkan kan.

sakuradila said...

kelakar ko tshy bhskan diri tqa dlm ni..
tapi sweet!!

oh,like this post very much!

SaRaH_AdiBaH said...

hahaha...klu lah "the one" tshy baca blog ni mesti terharu...sarah rse, diatgh blaja lah tshy..amek law gak kot..tp, bkn kt usim..hehe..sarah nmpak.kan mewarisi ESP dr cite ilusi ari tu..