Showing posts with label ISLAM ku indah. Show all posts
Showing posts with label ISLAM ku indah. Show all posts

Friday, November 5, 2010

aku terlupa...

selamat pagi.
assalamualaikum ^_^

mesti ramai yang tengah study kan. yelah Final exam. ade gak yang dah cuti
kalau bace status kat facebook tu, macam2 ade.
ade yang dah habis exam la (sakit hati oo bace status mereka)
ade yang tension laaaa

tqa pon dalam golongan mereka2 yang tgh tekun study (konon!)
satu hal tqa terlupa..
tqa lupa Dia sentiasa ada untuk hamba-hambaNya.
ye. tqa lalai.
thats why, tqa rasa tqa study banyaak sangat
tapi~ kosong!

tqa lupa yang usaha tu perlu disusuli dengan tawakkal
tqa lupa tu...
patotla 2,3 hari ni mimpi pelik2 je.
mungkin peringatan buat diri yang lalai ni.

pagi tadi, bukak facebook :p
terbaca satu status ni

jika disandarkan segalanya pada diri sendiri, kita akan merasa letih dan lemah kerana tanggungjawab itu memang melebihi masa yang ada dan memang hakikat manusia itu lemah.. tapi sandarkanlah segalanya kepada Allah, mudah-mudahan Allah berikan kita kekuatan.. ingatlah kita bukan sendirian..


ingat ye kawan-kawan, kita bukan sendirian :)
usaha biarlah sekali dengan tawakkal
inshaAllah kejayaan kita diberkatiNya

wallahua'lam

Saturday, September 11, 2010

Lagu best

orang dok layan lagu raye, tqa layan lagu siti ! hoho. peminat tegar Dato' Siti Nurhaliza la katekan. Okay malam ni layan lagu Tahajjud Cinta je. woorh sangat best. Sangat sayu. T_T

~Tahajjud Cinta~

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


tqa sangat suke bile siti nyanyi lagu-lagu macam ni :D


Tuesday, January 5, 2010

seorang.

Boleh tak aku nak hidup sorang-sorang je?

Boleh tak kalo..
Takde orang kenal aku?
Takde orang nak sakit hati dengan aku?
Takde orang nak terasa dengan aku?
Takde orang yang sayang kat aku dan tiba-tiba tinggalkan aku?
Takde orang nak gaduh2 dengan aku?
Takde orang nak benci aku?
Takde orang yang tak hargai aku?
Takde orang yg tak percaya kat aku?
Takde orang yang membebankan aku?
Takde orang yang menyusahkan hidup aku?

Jawapan nye tak boleh la tqah sebab semua ni salah satu ujian daripada Nya. Supaya ko sentiasa kembali kepada Nya sebab benda2 ni lah yang akan buat ko resah dan bila hati resah, kita baru akan mengingatiNya.

Allah tak nak ko lupakan Dia.
;(

semoga hari esok lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Ya Allah permudahkan lah urusan hambamu. ;( ;(

2.09 AM 6th of January 2010.
I cannot sleep.

Friday, September 18, 2009

hepi eid !

..selamat hari raya..

since this is the month of forgiveness, please do forgive me
for all the abominable things that i have done.

tonight we will be leaving to Ipoh, perak.
the next day, we will going to Kelantan.

to all my kelantanese buddies, do invite me to your house.
i'm going to collect some duit raya from you guys.



Sunday, August 23, 2009

hmm.

today is the 2nd day of ramadhan.
hmm.peaceful.

i wish that i can turn around the time and go back to school.
i want to be scolded because skipping tadarus.
i want to be shouted because late to dining hall.
i want my name to be taken because talk to much in mosque.

i want to be with my friend! i want to hear my friend recite doa and we break fast together.
i want to share my foods with my friends.

i wish that i can have a single day at sepintar in Ramadhan.i miss my school day.



Monday, July 27, 2009

aku cuba ..~

bismillah.

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


dua-tiga minggu ni macam2 masalah yang melanda T_T ujian datang bertimpa-timpa,
kita selalu bagi nasihat kat kawan2 supaya "sabar!" tapi bila diri sendiri dilanda ujian,susah btol nk pujuk hati supaya "sabar!" ..

alahai hati~
hati.hati.hati.hati.hati. kalau baik+beriman hati kita,baeklah segala-galanya.

.pengorbanan.

yeah! dlm hidop kita ni mesti banyaaaaak berkorban,berkorban utk dpt Redha ALLAH ..aku masih dalam proses berkorban mninggalkan benda2 lagha yg TIDAK disukai Allah subhanahuwataala.

aku sedang cuba..

>meninggalkan fs,ms,tagged yg membawa kemudharatan kpd hati aku.
>membelanjakan duit yg diberikan parents aku ke jalan yg betul~bukan shopping sakan..
>mngurangkan penggunaan internet
>kurangkn berkata-kata mnde2 lagho..
>berusaha sgt2 menutup aurat..yerghh ni plg ssh aku nk buat..tatau nape..

Friday, June 19, 2009

benci perkataan 'LEWAT'

bismillah..

situasi pertama

ali:hish! mane adek aku ni,suruh aku hantar pegy tusyen,tapi siap nye lambat mcm sipot!dah nk dekat 10 min aku tunggu,sengal~
minah: sori2,cari buku x jumpe tadi! soriiii..jom kite pegi ..
ali: ko ni minah,abg dah ler xsuke lambat2 ni ..ko nih ..laen kali xnk hantar dah !



situasi ke-2

cikgu: mane amin ni?lambat lagi ke?hish budak tu,klo sehari xdatang lambat mmg x sah!
amin: tok tok tok ..s0ri cikgu!! saya jmpe makcik sy kat tgh jalan tadi,tu terlambat tu !!
cikgu: kamu ni,dah 20 min kamu lambat ke kelas,lain kali kalau kamu lambat lagi,baik terus xpayah datang!


situasi ke-3

bos:panggil enot ke bilik saya!
erma: erk,,b0s,enot xdatang lagi b0s..
bos: ape??dah pukul 11 pon xdatang lagi??

tok tok tok ..
enot:selamat pagi bos,hehe!s0ri sy terlambat,jalan jam td!!sesak b0s,penat sy tekan clutch ..
b0s:kamu ni,cuba lahh berdisiplin sikit,pekerja laen boleh je datang awl,kamu nape x boleh??




okay,berdasarkan situasi2 di ats,mesti pernah terjadi kat kita ..kan?kan?kan? kerja start pukul 9,kita datang pukul 9.15 pon bos dah marah ..kuliah start pukul 8 ..datang pukul 8.05 pon dah kne denda (pernah kena) hehe ..

cuba tanya diri kita sendiri ,,subuh masuk pukul 6.oo am,solat pukul 6.50am ..kite rasa ape2 x??
kalo x terasa apa2 tu sumthing wrong lahh tu ..

DISIPLIN tu penting ,orang yang ada disiplin diri bukan hanya berpengang pada prinsip "jagalah solat lima waktu sehari semalam" ..tp berpegang kpd "jagalah waktu solat kita" ..

tahniah lah kpd hamba2 Allah yang berjaya memelihara ke lima2 solat nye,cuma apa kata kita upgrade sikit,kite try achieve solat di awal waktu pulak ..ape macam?boleh ke bai ..

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, ``Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.'

lalai kat sini maksudnya melambat-lambatkan lah..nk ke kite tergolong dalam golongan2 yang CELAKA di sisi Allah,kalau kwn aku ckp aku celaka,ape aku kesah! tapi kalau Allah masukkan kite dlm golongan terkutuk ni,x takot ke??

kadang-kadang aku juga ter-lambat-lambat-kan waktu solat,thats why aku tulis post ni,utk mngingatkan diri sendiri dan orang2 terpilih yg baca post ni ^_^

p/s: dah 3x tuka tajok post ni ;p





aku x peduli

bismillah..

hehe~yeah.aku x peduli pandangan korg terhadap aku,insan yang lemah and banyak buat silap ni.

xdelah.sje-sje nk tulis nih.tibe2 terkenang dosa2 yg mnggunung.YA ALLAH.byk nye d0se aku. =|


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

kadang2 ade 'terasa' jugak dalam hati,terasa dgn sikap segelintir manusia yg nmpak buruk saja,nmpak yang negatif saja.nmpak yang hodoh saja.nmpak yg busuk saja.

bukan lahh aku mngharapkan orang memandang kebaikan kite dan memuji-muji,cuma nye di harap kita smua berpandangan dengan pandangan positif ..think positive!

yang negatif2 tu urusan antara dia dengan Allah.. mungkin bagi kita dia lahh raja segala keburukan,mane tahu satu hari nnt darjat dia di sisi Allah lagi tinggi dari kita yang slalu mngata org ni..sape yang rugi sekarang?

sesungguhnya pandangan Allah terhadap kite lahh yang perlu kita bimbangkan.takut2 kita megah,bangge dengan pujian manusia.lalai! dan terus hanyut~nauzubillah!

"Sesuatu yang baik,belum tentu benar.Sesuatu yang benar, belum tentu baik.Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus."

berpijaklah di bumi yang nyata.ketahuilah semua manusia diberikan kesempatan bertaubat [selagi roh x smpai di keronkong] selagi itu boleh,masih sempat bertaubat!

kite sebagai manusia xde HAK menghukum manusia lain,siapalah kite ..suci sangat kah kita utk pandang orang lain dengan pandangan serong?murni sgt kah kite nk dibandingkan dengan org lain? mashaAllah, perasan nye kalau ade yang mengaku dia lah paling murni!

buat makhluk yang bernama manusia,jom muhasabah balik diri kita,penyakit berbahaya adalah penyakit dengki,dengki itu yang akan membawa kita sesama manusia musuh-bermusuhan,benci-membenci,kutuk-mengutuk~

ingat~kerana sifat dengki yang ada dalam diri kitalah,segala amalan kita akan ditolak ..biarlah orang lain nak pandang kita dengan pandangan hina asalkan kita jaga pandangan Allah terhadap kita ..

s.a.b.a.r pun salah satu kunci untuk redha dengan qada' dan qadar Allah ..percaya atau tidak,kalau ade orang yang dengki dekat kita,buat sesuatu yang membuat kesabaran kita tercabar,tp kalau kita tetap SABAR dan redho,segala pahala kebaikan yang dia pernah buat akan diberi kepada kita.wahh!alhamdulillah untung nya kita!

BUKTI Allah sayang dekat orang-orang yg bersabar.

hmm~ itu je nak tulis,tulis kerana terasa tergugat dengan pandangan orang dekat aku,tu yang tulis tu,,untuk mengingat kn diri sendiri dan org2 terpilih yang terbaca post kali ni.j0m upgrade iman kite!asyik upgrade laptop jew!

p/s: bru lepas tonton cter semanis kurma ae?ustazah bahiyah dan suami nye.s0 sweet..