Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

jom makan ala ala korean kat Seoulgarden

annyonghasaeyo!

semalam tqa lunch kat Restaurant SeoulGarden, One Utama. so exciting!


tekun sungguh auni-sshi

makanan2 yang bakal dilahap

kanan tu kimchi. sodap la gak :D



awwww panas panas

panggang panggang


sangat puasss !! kalau nak pergi, kena pastikan perut tu kosong untuk sumbat segala jenis makanan nanti :)

Sangat Puas!

Saturday, September 25, 2010

sesat jalan takpe, jangan sesat aqidah :D

Last friday tqa dan 3 orang lagi gadis cantek ke Putrajaya, pergi JAWHAR. kitorang pergi buat research. Best kot sebab dilayan macam tetamu yang sangat dialu-alukan. wow. okay. journey ke Putrajaya, okay je. tqa ade cik syuhada sebagai GPS di sisi (yelah tu). macam jakun kagum jap la jalan jalan kat situ. wahh kat Malaysia lagi ke ni? padahal sebab Putrajaya lah Malaysia berhutang. sudah sudah

nak cerita kat sini, on the way balik tu sesat ler pulak. kua3. hapedah buat malu tuan punye lesen mandu aje. pusing punya pusing, dah nak sampai KL dah pon. ciss tqa nak balik Nilai la weh! last last kitorang cari aje jalan ke KLIA, nearest to Nilai. lalu jalan kampung nak ke UKM. fuhh dahla jalan gelap, macam ular pula tu. cisss tqa yang memandu ni cuak aje. gadis gadis cantik di belakang gatai nak bukak cerita hantu. hai aku tinggalkan sorang sorang kat sini baru tau.

ape ape pon kami selamat tiba pada jam 8.00 malam. jauh gile, dah bole sampai pahang agaknya. ciss. itulah pengorbananku untuk menyiapkan esaimen Islamic Law of Property. madam silalah baca post saya ini sambil menagis terharu. please ^______^

terima kasih la kepada gadis gadis cantik ini keen, ami, syu kerana banyak menolong menunjukkan arah. yeke? keen ko sedap tidor kat belakang kan?

Wednesday, September 8, 2010

Jalan Tunku Abd Rahman atau Tuanku Abd Rahman?

Salam ~

Sape rajin pergi shopping kat Jalan TAR, angkat tangan ! haha. so, nak tanye la sikit, korang selalu shopping kat jalan TUANKU Abdul Rahman ke Jalan TUNKU Abdul Rahman?! Ha jawab! 5 saat dari sekarang . ok tetttt. time up.

For your information, Tunku Abd Rahman dan Tuanku Abd Rahman adalah orang yang berbeza sama sekali ye. Tunku Abd Rahman adalah Perdana Menteri kita yang pertama. Tapi Jalan TAR yang korang selalu shopping tu adalah Jalan Tuanku Abd Rahman !! bukan Tunku Abd Rahman :D

Tuanku Abd Rahman adalah seorang Raja kalau tak silap :p tqa tau ni pon sebab pergi kem Biasiswa Tunku Abdul Rahman haritu.. hehe, so for more information, sile la buat research sendiri ok.

oh ye, tadi pergi last-minute shopping kat situ, fuyoooo sesak tak payah cakap la. tqa pergi naik kereta, so paham2 la lagi seksa dibuatnye. kalau nak elak stuck kat situ, adalah dinasihatkan sama sekali korang masuk simpang nak ke dataran merdeka tu, then terus je then park kereta kat bangunan MARA, tapi tqa selalu park kat Maju Junction Mall.

Memang murah habis la, biskut raye pon dah boleh dapat RM10-RM20 je. Baju Melayu satu set tu RM50 je boleh dapat, lawa2 plak tu..Baju Kurung satu set ade yang RM50 jugak. huhu. manusia berduyun-duyun. so kalau nak pergi, dinasihatkan jangan pakai heel, jangan bawak anak kecik (sian tqa tengok)~

Dalam sesak2 tadi, bole pula jumpa "someone" ni, dalam beribu kawan tqa kat dunia, nape dia yang tqa jumpe? :)

psst: i have a strong sense that i will live with a doctor

Selamat Hari Raye, you guys !! Jom Main Mercuuuunn !!

Sunday, June 27, 2010

hari² INDAH


Jang jang jang !! (Currently like to express those words happily) ..
Sekarang ni pukul 11.38 pm, semua orang dalam rumah ni tengah sebok bukak buku aqidah a.k.a STUDY. Aku jua~ haha. Sambil-sambil tulis blog, rindu KOT lame dah tak menaip. Hi hi hi.


Nak ceritalah kan. Banyak kot benda best jadi minggu ni. Huu O Thanks Allah! Starting with (eh English plak) ..mula dengan “advertisement” role-play untuk penutup ELSP, kami menang lah. For the first and the last time aku join lakonan yeh. No more after this, erk~ memalukan diri. “Men are always like that!!” Haha but sangat best lah. Takleh tipu perasaan sendiri. Dose! :D

Kemudian, berkelah dengan housemate-housemate yang best gile. Hehe walaupon ke Ulu Bendul je, tapi kan yang lain nye kali ni, kami pergi naik KENDERAAN AWAM je tau. Car-pool la sangat. Hehe. Naik Bus, KTM, jalan kaki. Ooh sangat adventure dan Best !!


Selepas itu (eei, makin geli ayat aku) , tengok cerita PARTNERS, ofkos Korean Drama lah kan. Best weh, pasal lawyer-lawyer ni ha. Bukan sebab aku ni eager sangat nak jadi lawyer sampai kena tengok cerita-cerita macam tu, tapi serious la~ cerita tu banyak INPUT okey. Besssst .

Ooh oh lupe pulak, RESULT exam dah keluar, Alhamdulillah OK. Takdela teruk seperti yang dijangka.

ALHAMDULILLAH

Aku belajar sesuatulah semenjak dua menjak ni, aku banyak belajar erti hidup (eceeeeh!) taklah, eh tapi serious weh, aku banyak belajar kemahiran hidup, I mean kemahiran
² yang kite tak boleh belajar kat sekolah etc. seperti kemahiran memasak, berkebun, berlakon, menjahit (soon), bayar bil rumah sendiri haha, bermasyarakat, kenduri-kendara dll. Ye ye aku tau ape yang korang fikir sekarang.

Mesti korang rase kemahiran² tu wajib ade sejak azali especially bagi seorang wanita kan? Oh tak semestinya. Tengok la saya, saye ngaku saye tak reti sangat la masak² ni before this but now, kemahiran tu datang sendiri.eceeeh!. hehe. Tak pandai sekarang tak bererti tak pandai selamanya. Hu hu. Peace~

HIDUP ni tak best kalau kite tak tahu cara nak hidup. He he.Banyak lagi yang aku kena belajar dan aku tak sabar untuk itu semua :D aku nak kumpul macam-macam pengalaman hidup start dari sekarang :D

So you guys, jangan la terperap dalam rumah,bilik je. Keluar lah dan nikmatilah dunia yang Allah pinjam kan dekat kite ni. Live your Life :D



Monday, January 4, 2010

cuti-cuti selangor.

tarikh: 5 Januari 2010
masa: 4.00 pm
tempat: F5-8 nilam court

Sudah dua minggu sem 2 dibuka. seronok sangat sebab most of my lecturers best best kot. Belum pernah mengantuk lagi dalam kelas ;D

new year haritu aku balik rumah. kalau balik rumah tu tau jelah kan. berjalaaan je keje. ke sana, ke sini. suka! suka! then nak kongsi la sikit kan mane aku pergi.

JUMAAT (1 january)


aku dengan miza and hasanah, both of them are my schoolmates. kitorg pergi Putrajaya. haha. ni terpengaruh dengan budak laki la ni. saje- saje nak melawat kawasan Putrajaya kot.mmg tak ade niat pon nk climb that wall.huh?
wall climbing. just jalan-jalan.
seronok!!

kalau dari Usim, mungkin lagi dekat kot. ikot jalan nk ke sepang tuh. then cari je sign board nk ke putrajaya. on the way tu, korg akan nampak sign board ke "Taman Cabaran" .. kira nya jalan belakang nak ke putrajaya kot. dekat jeh.
and sampai 10 jan ni, wall climbing tu FREE jeh. after that kne bayar RM30.

SABTU ( 2nd January)



Family aku pergi picnic dekat Janda baik ;) dekat lah juga dari selayang tu. ikot highway nak ke Genting Highland, nanti jumpa simpang nak ke Janda Baik. Best kot. teringat masa sekolah rendah dulu. join pengakap so selalu la pergi camping2 ni. pernah juga pergi Janda Baik tu. Best! Tapi kena pandai pilih port lah, btw air sangat sejuuk ;DD
dari kul 10.30 sampai pukul 3ptg kot aku berendam. nikmat! haha.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumaat ni ada rancang2 dengan zarina nak pergi jalan-jalan. tak tahu lagi la dekat mana. kereta pon tak ade. haha~ hopefully jadi lah kan.

So after this no more 24/7 online. tolonglah malaysia, aku taknak hidop aku dihabiskan dengan facebook jeh. aku nak berjalan ke serata dunia.wahh!


psst: Post agak skema.